Tiga pesakit COVID-19 terpaksa dipindahkan sementara berikutan berlaku banjir kilat di wad COVID-19 Hospital Kajang, pada Sabtu malam.
Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM)Selangor Zulfikar Jaffar berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pihak hospital pada 9.50 malam.